Mentari di hujung senyuman Mekong
Telah lama mengintai derita tanah air
Dalam kancah dan pecah penjajah
Perang dan berang sesama sendiri
Dirimu yang rugi merana di setiap bilah hari
Purnama malam kelmarin kelihatan
Di hadapan
Royal Palace yang sepi
Sesekali
anak-anak muda Perancis hilir-mudik
Menyusuri
warisannya dan meneguk café
Bangga bertutur
bahasanya dengan anak peribumi
Angin sendu di
Stupa Peringatan Genosid
Jasad mangsa
Choeung Ek dipelihara penuh hormat
Kerana angkara
algojo Khmer Rouge
Kenangan
kegelapan suram Him Sophy
Boleh didengar di
mana-mana setiap masa
Kubur 166 ngeri tidak berkepala
Kotak gelas
tulang mangsa dan rumah roh
Pokok kekejaman
bercerita padang pembunuhan
Melingkari
sejarah Pol Pot dan konco-konco merahnya
Setiap rakyat
mewarisi derita sengsara lara
Kehilangan bayi
ulama dibunuh seksa gadis diperkosa
Oh Phnom
Penh disemadikan kini dalam kedap udara pagi!
RAJIEE HADI
Phnom Penh , Cambodia .
6 Jun 2012
No comments:
Post a Comment