Begini ceteranya:
Aku kehilangan
sebahagian waktuku
Yang kupindahkan
sebahagian hidupku
Ketika manusia menemui
yang palsu
Betapa aku bagai awan
terapung
Kerana pelangi petang
yang kau kejari
Fikirmu fikirku
berputar kelabu
Antara kita mencakar
dinding kelabu
Kutahu budimu
sepesisir laut biru
Dan kubaca
surat-suratmu pada mentari
Namun lampu-lampu di
jalanan malam
Seakan pudar sepi
membisu
Di kamar yang kini
sendu
Kucari dirimu saban
waktu
Kucari dirimu jua di
celah lipatan jendela
Seakan bayangmu
mewarnai kelmarin
Aku mengejar berlari
mencari
Hilang kejauhan malam
yang dingin
Di antara bulan dan
mentari itu
Kubaca lagi
surat-surat birumu
Kutahu antara kita
selaut budi bersemi
Telah kita jejaki
impian dan realiti
Mengutip kerikil dan
kristal meniti
Tiba-tiba perjalanan
indah kita berbalam
Air mata perkasa
lelakiku kering luluh
Terbenam dalam silauan
kelam
Dalam kamar seribu
getar dingin suram
Kudengar suaramu
berulang menghantui mata hatiku
Namun nafasku kini
masih mengejar kalimah ya Rabbi
Segar bicara tasbih
kasih mesra sejati abadi
Dan menjadi aku kejap
melangkah kembali
Biarpun kau tidak di
samping doaku kini
Kutidak pasti di
manakah pusaramu bersemadi.
RAJIEE HADI,
Bandar Baru Bangi,SDE.
2004-2005.
No comments:
Post a Comment