Ampunkan aku ya Allah ya Tuhanku
ketika dahulu kau melupakan-Mu
Betapa jauh hati dan diriku mengingati-Mu
Hingga aku lalai kewujudan-Mu
Sehingga Engaku sentiasa memerhatikan daku,
hamab-Mu
Ampunkan aku ya Allah
Pernah aku mengabaikan-Mu
Mulut terlalu ringat menyalahkan takdir-Mu
Mencemuh kasih sayang-Mu
Sedang Engkau begitu kasih dan sayang
kepadaku
Ampunkan aku ya Rabbi
Ketika dosaku lakukan
Ketika hariku lalai dan alpa
Tanpa kesedari telah kelanggar larangan-Mu
Ampunkan aku wahai Yang Maha Pengampun
Kini aku sedar, aku sedang mencari-Mu
Baru aku gagahi hati mencai jalan pulang
kepada-Mu
kerana tiada tujuan lain hidup ini selain
kerana-Mu
Apakah dapat sekali lagi aku damai di sisi-Mu?
Ampunkan aku Yang Maha Menerima
Ampunkan aku Yang Maha Menguasai
Tidak kuingin lagi keindahan dunia yang
banyak menipuku
Tidak lagi kumahukan perhiasan yang fana
Apa yang aku mahukan kuniakanlah kepadaku
keikhlasan
Untuk aku bertaubat kepada-Mu, memohon ampun
Ampunkan aku wahai Yang Maha Menghidupkan
dan Mematikan
Kini baru kutahhu betapa penting cinta
kepada-Mu
Seandainya di akhirat nanti Engkau takdirkan aku
menghuni neraka-Mu
Satu permohonanku agar Engkau izinkan aku
Izinkan aku mengkhabarkan kepada seluruh
ahli neraka
Bahawa aku cinta kepada-Mu...
RAJIEE HADI
No comments:
Post a Comment